28 December 2013

2014 WELCOME TO KEDAH

Selamat Datang 2014 Tahun Melawat Malaysia
Welcome to Malaysia / Visit Malaysia 2014.../WELCOME TO KEDAH

Pengurusan homestay ini akan mula beroperasi pada Tahun Baru Cina nanti, InsyaAllah. 

Anda ada urusan di Kuala Sala /Alor Star / Yan / Pendang / Kuala Kedah / Sg.Petani untuk beberapa hari dan tercari-cari lokasi penginapan bagi memudahkan urusan anda? Anda tidak perlu risau lagi.

Di sini kami menyediakan sebuah HOMESTAY, yang boleh anda sewa untuk beberapa hari dengan KADAR HARGA YANG BERPATUTAN. HOMESTAY teres satu tingkat yang amat selesa dan sesuai ini untuk percutian seorang diri, keluarga, kawan-kawan, persinggahan rombongan kenduri kahwin dan apa jua urusan. HOMESTAY ini dilengkapi dengan keperluan asas untuk kegunaan harian , diharap anda dapat merasai keselesaannya.

Kepada warga kota yang tercari-cari tempat untuk tenangkan diri daripada kesibukan kota dan kerja, disinilah tempatnya yang dicari. Suasana desa yang aman, persekitaran tenang, ikan-ikan yang fresh lagi murah.. MAI OO CEK MAI KITA KE NEGERI KEDAH.. 


KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
  1. 2 Bilik tidur 
  2. 1 Ruang Tamu
  3. 1 Ruang Dapur
  4. Parking 2 buah kereta
  5. 2 Bilik Air
  6. Kerusi & Meja Makan
  7. Set Sofa
  8. TV
  9. Peti Sejuk
  10. Pinggan mangkuk
  11. Tempat BBQ jika diperlukan 
  12. Kipas angin
  PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN ** jika memerlukan
  1. Tekong Mencandat Sotong
  2. Sewaan Bot Untuk Memancing
  3. Sewaan Motorsikal
  4. Sewaan Basikal
  5. Sewaan Kereta Pandu Sendiri 
  MUATAN RUMAH :
  - 10 hingga 12 orang


 

No comments:

Post a Comment