Tip
Melancong Secara Bijak
Bercuti merupakan satu hobi yang menyeronokkan. Dengan mengunjungi tempat-tempat indah adalah sesuatu yang bukan setiap manusia akan mencapainya. Seseorang pengembara bukan dinilai banyaknya gambar yang diambil,
tetapi mereka adalah orang yang mempunyai banyak pengalaman mengenai sesuatu tempat yang dilawati.
Di samping itu juga, pengembara adalah mereka yang tahu bagaimana
berkongsi pengalaman yang ada dalam setiap perjalanan yang dilakukan untuk
orang lain.
Selain bercerita pengalaman mengenai keindahan sesuatu tempat,
pengembara yang bijak juga dapat berkongsi pengalaman berkaitan persiapan
menuju ke sesuatu tempat.
Sebagai pengembara yang bijak juga, anda harus menentukan
dan mengira bajet setiap perjalanan. Ini kerana, jika tersalah pengiraan, anda
boleh pening kerana bajet yang berlebihan atau barang yang dibawa terlalu
banyak.
1-Cari maklumat
Sebelum bercuti, ada baiknya anda mencari maklumat dulu mengenai
tempat percutian impian anda itu. cari maklumat sebanyak mungkin baik daripada
teman, majalah atau pun Internet.
Sebagai contoh maklumat mengenai tempat menarik di sana, hotel,
pengangkutan, tempat makan dan pusat membeli cenderahati.
2-Bersedia dengan peta
Sebagai pengembara atau orang asing di destinasi percutian yang
dikunjungi, peta adalah benda yang sangat penting dan boleh dikatakan pembantu
anda.
Ini kerana, ia dapat membantu untuk mencari tempat yang dicari dan menjadi penyelamat jika anda tersesat atau sebaliknya.
Ini kerana, ia dapat membantu untuk mencari tempat yang dicari dan menjadi penyelamat jika anda tersesat atau sebaliknya.
3-Cara/kenderaan untuk ke destinasi
Tentukan bagaimana cara paling tepat untuk sampai ke tempat yang
ditujui. Jangan disebabkan salah memilih pengangkutan, rencana percutian anda akan kelam-kabut atau huru-hara.
4-Pilih penginapan
Selepas mendapatkan maklumat mengenai penginapan, segera tentukan
di mana anda akan menginap dan tempoh penginapan anda di hotel, chalet, resort atau homestay itu bersesuaian dengan bajet anda. Perhatikan lokasi tempat penginapan tersebut. Pastikan tempat dipilih tidak terletak di kawasan
sunyi dan jauh dari deretan kedai. Adalah lebih baik memilih penginapan yang
dekat dengan kedai serbaguna 24 jam seperti 7E, kedai makan, Speedmart dan sebagainya untuk
memudahkan anda membeli barang keperluan. Dekat dengan kedai makan juga lebih
bagus dan lebih mudah untuk anda mengisi perut sekiranya tiba-tiba terasa lapar.
Yang penting semestinya perkhidmatan
wifi adalah perlu untuk kemudahan anda melayari Internet sepanjang masa.
Biarpun anda mempunyai data Internet sendiri, lebih baik gunakan wifi kerana
lebih laju dan percuma!
Sebaiknya, rajinkan diri
mencari info tentang tempat penginapan yang bakal anda singgah. Apa yang paling
penting adalah saiz keluasan bilik, harga yang berbaloi, kemudahan lain dan
sebagainya. Anda juga boleh mendapatkan ringkasan ini menerusi pengalaman
rakan-rakan yang pernah menetap di penginapan tersebut atau membaca penerangan
di Internet.
Mengapa memilih hotel
bajet/homestay? Kebanyakan pengembara lebih memilih hotel bajet/homestay kerana kebanyakan masa
dihabiskan dengan aktiviti luar. Sudah tentu hotel bajet/homestay adalah hanya tempat
singgah untuk anda berehat sebelum sambung memulakan percutian. Selamat mencari homestay!
5-Peralatan / Barang bawaan
Bawalah barang secukupnya. Elak membawa barang berharga dan
sesuaikan barang anda dengan tempat yang akan ditujui.
Bawa juga ubat-ubatan peribadi anda dalam satu tempat dengan
wang, pasport, tiket dan lain-lain. Anda juga boleh menyimpannya di tempat yang
kecil di dalam beg dan mudah di bawa ke mana saja anda pergi.
6-Sentiasa berfikiran positif
Sentiasa bersikap positif dalam setiap perjalanan yang anda
tuju. sikap ramah juga sangat diperlukan sebagai pengembara supaya semua
perjalanan anda akan sentiasa menyenangkan.
Jadi, mula dari sekarang, belajarlah menjadi pengembara sejati
dengan menjadi pengembara cergas yang sentiasa bersedia kerana melancong
memiliki spektrum yang sangat luas, tidak ada betul atau salah dalam melancong.
Selamat bercuti!
No comments:
Post a Comment